BATIK LUKIS








Batik lukis menggunakan canting dan lilin. Warna sama seri di kedua-dua belah kain. Jalinan dan warna adalah penuh gaya serta mempunyai identiti corak tersendiri kerana dilukis oleh pandai tukang. batik lukis juga dikenali sebagai batik canting atau batik conteng
Alat
1. Canting2. Pemidang3. Berus4. Periuk5. Kuali atau bekas6. Dapur
Bahan
1. Kain putih (jenis kain kapas)2. Campuran lilin3. Bahan pewarna4. Bahan pemati warna (fixer)5. Debu soda

Proses membuat batik tulis


  • Kain yang telah dibasuh (untuk  membuang  kanji) di kering dan diregang pada pemidang kayu. 
  • Motif dan corak dilakar pada kain dengan menggunakan pensel (6D). 
  • Bahan campuran lilin dipanaskan dengan suhu yang sederhana. Lilin (60%) + damar  (40%)  +  sedikit  minyak masak untuk melicinkan aliran lilin. 
  • Canting yang berisi lilin cair digunakan untuk melukis mengikut lakaran pensel di atas permukaan kain. 
  • Bahan pewarna disapu pada reka corak. 
  • Kain dibiarkan sehingga kering, kemudian disapu atau direndam dengan sodium  silikit  dan  dibiarkan selama 8–12 jam di tempat terlindung cahaya untuk mematikan warna. 
  • Kain yang telah dimatikan warna, dibasuh dengan air ‘lalu’ sehingga hilang kesan sodium silikit tersebut. 
  • Kain seterusnya direbus dan di campur dengan sedikit ‘soda ash’ sehingga lilin tanggal. 
  • Kain dicuci dan dibilas di dalam air sehingga bersih sebelum dikeringkan






Sumber rujukan hasil lawatan kajian di Noor Arfa Batik Terengganu. 

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah batik