Sejarah batik
Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Terengganu.
MOTIF BATIK MALAYSIA
- dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaran.
- Bagi mereka apa sahaja yang menarik dan mengandungi falsafah sendiri boleh dijadikan corak.
- enam jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik:
- Unsur flora
- Fungsi unsur flora adalah seperti berikut:
- Untuk menghiaskan kain batik ela. Motif flora seperti bunga, kudup, putik, daun, ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau bertabur.
- – Untuk menghiasi badan batik sarung.
- bunga, kuntum, putik, ranting dan pucuk disusun menjalar datar dengan bentuk lembut
- helaian daun, kelopak serta ranting dan bunga
- bunga disusun berdahan tegak
- Untuk menghiasi bahagian kepala kain (gunung) biasanya motif pucuk rebung digunakan kebiasaannya, reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri akar-akar menjalar bunga air mata kekasih– bunga anggerik –bunga berbaling – bunga berbaling (variasi)
- Unsur fauna
- Unsur-unsur fauna adalah seperti:
- Motif rama-rama, kumbang, burung, ayam, rusa, bangau, ikan, kijang dan sebagainya.
- burung burung merak– kumbang
- Unsur geometri
- Fungsi motif unsur rupa geometri:
- Untuk hiasan kaki kain atau gigi – susunan garis-garis halus, motif parang rosak, motif banji atau swastika dan motif pinggir awan digunakan.
- Garis-garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperti cangkerang, siput, kisi-kisi, jaring bersilang dan lain-lain lagi.
- Untuk menghiasi batik panjang – motif kawung dalam susunan tempat bentuk bujur sering digunakan.
- Motif ceplok dengan susunan segi empat yang berisikan beberapa bentuk lain seperti bunga, unggas atau binatang dan garis berpalang digunakan bentuk ini bukan geometri tulen, ia merupakan campuran gaya organik dan geometri.
Info yg menarik dan sangat berguna.
ReplyDeleteGood info.
ReplyDeleteThanks for info about Batik.
ReplyDeleteAwesome
ReplyDeleteWow good information. Tqqqqq
ReplyDeleteGood knowledge
ReplyDeletesangat berguna untuk future generation :)
ReplyDeleteinfo yang menarik semoga bermanfaat untuk generasi akan datang. :)
ReplyDeleteGood info
ReplyDelete